Saturday 15 December 2012

Nasi Bukhari



Bagi saya adalah satu kepuasan apabila boleh menggembirakan orang-orang yang rapat dengan saya. Macam apa yang terjadi hari ini, bila adik angkat saya request nak makan nasi bukhari untuk birthday beliau. Alkisahnya  birthdaynya semalam tetapi disebabkan saya agak sibuk semalam jadi hari ini barulah saya berkesempatan untuk datang meraikan harijadinya. 

Nasi Bukhari ni lebih mudah memasaknya berbanding memasak Nasi Beriyani dan kesedapannya bergantung kepada rempah yang dibuat. Cara penyediaannya lebih kurang seperti memasak Nasi Arab sahaja cuma ianya memerlukan banyak bawang goreng. Nasi Bukhari yang saya masak ni menggunakan rempah yang dibuat sendiri dan bawang goreng pun saya buat sendiri. Rugi rasanya menggunakan rempah dan bawang goreng yang dibeli kerana rasa aslinya sudah hilang. 

Tak perlu menyediakan lauk-pauk sampingan kerana lauknya sudah dimasuk sekali ke dalam nasi. Jika anda sukakan salsa, anda boleh membuatnya sebagai salad. Jika diikut cara mat-mat Arab makan Nasi Bukhari ni, mereka akan memakan cili padi dan bawang fresh bersama .nasi tersebut.



Bahan Untuk Memasak Ayam

Rempah

1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar biji rempah yang dikisar
Campur ketiga-tiga bahan ini bersama sedikit air
Bahan tumisan:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ulas bawang merah
Sedikit daun ketumbar
1 mangkok bawang goreng yang sudah di kisar
1 ekor ayam dipotong 12
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan Untuk Memasak Nasi

5 cawan beras basmathi
7 cawan air
1 cawan youghurt
sedikit lada hitam

Bahan untuk menumis

2 sudu besar ghee untuk menumis
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ulas bawang merah
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan-bahan untuk Salsa

3 biji buah tomato dan 2 biji timun jepun dipotong dadu
perahan jus dari 1 biji lemon
Sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa



Cara Untuk Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan serbuk rempah sehingga wangi.

2. Masukkan ayam ke dalam kuali dan sedikit air, masak sehingga ayam separuh masak.

3. Masukkan bawang goreng yang telah dikisar dan daun ketumbar

4. Perlahankan api dan masukkan garan dan gula secukup rasa dan masak dalam lebih kurang 1 jam



Sementara itu...

5. Basuh beras dan toskan



6. Panaskan minyak sapi dan masukkan kesemua bahan tumisan


7. Tumis sehingga berbau wangi

8. Masukkan air yang telah disukat bersama youghurt dan daun ketumbar

9. Masukkan garam, lada hitam dan separuh dari rempah ayam tadi.

10. Tunggu sehingga ianya mendidih dan masukkan beras tadi

11. Kecilkan api dan tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak

Sementara itu...

12. Masukkan tomato dan timun jepun yang telah dipotong dadu

13. Campurkan garam, sedikit gula, perahan lemon dan ladi hitam

14. Gaul hingga rata dan masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Dah pun siap Nasi Bukhari....Anda boleh juga grill kan ayam dan masukkan bersama nasi







Wednesday 25 April 2012

Kari Telur Rebus Kacang Panjang


Nak memasak ni sebenarnya mudah. Tunggu hendak dengan tak hendak saja. Banyak terdapat menu-menu yang senang-senang yang boleh kita cuba. Resipi ini adalah salah satu daripadanya. Cuba jangan tak cuba ya.

Kari Telur Rebus Kacang Panjang


Bahan-bahannya:

  • Telur rebus (ikut suka banyak mana)
  • Sedikit kacang panjang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Rempah Kari
  • Sedikit ikan bilis
  • 250 gram santan


 Cara-caranya:


  1. Sediakan telur rebus.
  2. Potong kacang panjang dalam seinici
  3. Halia, bawang putih and merah dimayang halus.
  4. Tumiskan bahan yang dimayang tadi.
  5. Masukkan rempah kari ikan yang telah dicampur sedikit air.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah di ketuk dan daun kari buat menambah perisa.
  7. Masukkan santan 250 gram.
  8. Setelah itu masukkan kacang panjang dan akhir sekali telur rebus.
  9. Jangan lupa sedikit garam dan gula.
  10. Tunggu sampai mendidih. Angkat dan hidangkanlah.
  11. Sesuai dengan nasi panas.

Wednesday 18 April 2012

Black Pepper Salmon


Kita orang Malaysia selalunya jarang menggunakan ikan salmon di dalam masakan harian kita. Kena-kena pulak orang Melayu, memang tak ada resipi yang menggunakan salmon ini di dalam menu tradisional kita. Tetapi jangan tak tahu  ikan salmon ini ada banyak khasiatnya. Selain baik bagi kesihatan otak, ikan salmon juga memiliki khasiat bagi mendapatkan kulit yang sihat. Senang kata, ikan salmon dikatakan dapat memelihara agar penampilan kulit kita tetap sihat.

Tempoh hari saya memasak ikan salmon lada hitam (black pepper salmon). Selain mudah disedia dan dimasak, resipi ini juga enak dimakan dengan nasi panas-panas. Malahan resipi ini memang di antara favourite anak saya pun.

Black Pepper Salmon

Bahan-bahannya:

  • Beberapa potongan ikan salmon
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit lada hitam
  • 2 biji bawang besar 
  • 3 - 4 ulas bawang putih
  • Dua sudu minyak zaitun
  • Limau kasturi atau lemon
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Cara-caranya

  1. Gaulkan ikan salmon dengan sedikit garam serta serbuk kunyit
  2. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak zaitun
  3. Pan fry potongon ikan tadi (lebih kurang 3 minit each side)
  4. Setelah itu masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus.
  5. Masukkan juga kicap manis serta sebuk lada hitam.
  6. Kacau hingga kicap sudah menjadi agak kering
  7. Setelah masak, perahkan 1/2 biji lemon ataupun dua biji limau kasturi ke atas ikan.
  8. Angkat dan hidangkan panas-panas.


Alhamdulillah. Begitu mudah kan? Selamat Mencuba!!!

Thursday 8 March 2012

Popiah Ranggup



Sangat senang jika rajin,makanan petang ni  cuma memerlukan serunding ikan,kulit popiah  dan minyak untuk menggoreng.

Letakkan serunding keatas kulit popiah dan lipat. Lekat kan tepi kilitnya dengan air. Buat sebanyak suka dan goreng bila hendak menjamu selera. Enak dimakan dengan kopi o hitam.





Friday 2 March 2012

Buah Tangan Untuk Rakan

Hari ini melawat kawan baik, bawalah sikit buah tangan rempeyek kacang (peanut frrritters of malaysia) dan sedikit acar sayur. Tak sangka dapat pujian acar sayur tu unik kate nye nak simpan  mak nak datang esok.