Wednesday 6 February 2013

Nasi Goreng Mentega


Nasi Goreng Mentega mungkin nampak macam simple aje. Tetapi kalau kena dengan bahan-bahan yang digunakan, memang sedap. Nasi mentega ini pasti menjadi kegemaran anak-anak kerana ianya tidak pedas dan rasa mentega itu sendiri boleh membuka selera anak-anak. Gabungan mentega dengan halia menghasilkan bau yang wangi. Kena pulak dengan hirisan kacang panjang yang rangup. Tak sedar habis sepinggan nasi dimakan.

Memasaknya memang senang. Bahan penting semestinya mentega. Kuantiti bahan anda boleh agak-agak sendiri kerana kalau campak-campak pun masih boleh jadi. Gunakan mentega menggantikan minyak. Jangan sampai mentega hangus. Cukup sekadar ianya cair, sudah boleh menumis.

Bahan-bahan tumisan adalah sedikit bawang putih dan halia yang dihiris halus. Tumis kesemua bahan sehingga terbit aroma yang wangi. Masukkan nasi, garam dan sedikit kunyit. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Kacau nasi hingga sebati dan boleh dah dihidangkan. Selamat Mencuba!






me