Wednesday, 6 February 2013
Nasi Goreng Mentega
Nasi Goreng Mentega mungkin nampak macam simple aje. Tetapi kalau kena dengan bahan-bahan yang digunakan, memang sedap. Nasi mentega ini pasti menjadi kegemaran anak-anak kerana ianya tidak pedas dan rasa mentega itu sendiri boleh membuka selera anak-anak. Gabungan mentega dengan halia menghasilkan bau yang wangi. Kena pulak dengan hirisan kacang panjang yang rangup. Tak sedar habis sepinggan nasi dimakan.
Memasaknya memang senang. Bahan penting semestinya mentega. Kuantiti bahan anda boleh agak-agak sendiri kerana kalau campak-campak pun masih boleh jadi. Gunakan mentega menggantikan minyak. Jangan sampai mentega hangus. Cukup sekadar ianya cair, sudah boleh menumis.
Bahan-bahan tumisan adalah sedikit bawang putih dan halia yang dihiris halus. Tumis kesemua bahan sehingga terbit aroma yang wangi. Masukkan nasi, garam dan sedikit kunyit. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Kacau nasi hingga sebati dan boleh dah dihidangkan. Selamat Mencuba!
me
Wednesday, 9 January 2013
Nasi Ayam Turki Berempah
Memasak
nasi ayam turki berempah ini agak berbeza dengan memasak nasi –nasi yang lain. Penggunaan youghurt akan menjadikan ayam
turki lebih lembut dan juicy. Jarang sekali ayam turki dijadikan nasi ayam.
Selalunya ayam turki hanya dipanggang sahaja. Memasak nasi ini tidaklah
memerlukan seekor ayam turki…mahal tu. Hanya beli bahagian peha ayam sahaja
sudah cukup. Janji semasa menghidangkannya perlulah dihiris dan diletakkan
ditepi pinggan. Kalau nak ‘ngap’ ayam turki tu macam tu aje memang tak cukup
la. Walau apa pun, selamat mencuba!
Rebus
bahan-bahan ini dulu selama lebih kurang 1 jam menggunakan api yang perlahan.
Seketul
peha ayam turki (700g)
1
liter air
I
cawan yogurt (susu masam)
5
ulas bawang putih
Setengah
sudu kecil garam
Ketepikan…
Selepas
itu, tumis 2 labu bawang besar dan 1 inci
halia sehingga wangi dan tuangkan ke dalam air rebusan ayam turki tadi.
Masukkan 3 sudu kecil jintan putih,1 sudu kecil jintan manis,bunga lawang dan kulit
kayu manis,2 sudu besar serbuk lada hitam dan 3 sudu besar serbuk ketumbar. Rrebus
sampai kuahnya pekat.
Untuk
memasak nasi:
500
gram beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2
labu bawang merah
1
inci halia
½
sudu besar minyak zaitun
1
liter air
Dua
sendok stock ayam (air rebusan ayam)
Cara
membuatnya:
Panaskan
minyak zaitun dan tumiskan bawang merah bersama halia.
Biarkan
sehingga wangi dan kemudian masukkan beras.
Ambik
stock ayam (air rebusan) dan masukkan ke dalam periuk
Masak
sampai nasi betul-betul masak.
Nasi ini sedap dimakan bersama sayur goreng celery.
Sayur Goreng Celery
Bahan-bahannya:
Dua btg saleri
3 ulas bwg putih
3 biji cil imerah
dicincang halus
1 sudu kecil lada hitam
Cara membuatnya: –
Tumis bwg putih
Masuk cili, saleri, kicap
cair, garam dah akhirnya lada hitam.
Boleh juga dimakan bersama telur rebus.
Subscribe to:
Posts (Atom)