Saturday, 15 December 2012

Nasi Bukhari



Bagi saya adalah satu kepuasan apabila boleh menggembirakan orang-orang yang rapat dengan saya. Macam apa yang terjadi hari ini, bila adik angkat saya request nak makan nasi bukhari untuk birthday beliau. Alkisahnya  birthdaynya semalam tetapi disebabkan saya agak sibuk semalam jadi hari ini barulah saya berkesempatan untuk datang meraikan harijadinya. 

Nasi Bukhari ni lebih mudah memasaknya berbanding memasak Nasi Beriyani dan kesedapannya bergantung kepada rempah yang dibuat. Cara penyediaannya lebih kurang seperti memasak Nasi Arab sahaja cuma ianya memerlukan banyak bawang goreng. Nasi Bukhari yang saya masak ni menggunakan rempah yang dibuat sendiri dan bawang goreng pun saya buat sendiri. Rugi rasanya menggunakan rempah dan bawang goreng yang dibeli kerana rasa aslinya sudah hilang. 

Tak perlu menyediakan lauk-pauk sampingan kerana lauknya sudah dimasuk sekali ke dalam nasi. Jika anda sukakan salsa, anda boleh membuatnya sebagai salad. Jika diikut cara mat-mat Arab makan Nasi Bukhari ni, mereka akan memakan cili padi dan bawang fresh bersama .nasi tersebut.



Bahan Untuk Memasak Ayam

Rempah

1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar biji rempah yang dikisar
Campur ketiga-tiga bahan ini bersama sedikit air
Bahan tumisan:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ulas bawang merah
Sedikit daun ketumbar
1 mangkok bawang goreng yang sudah di kisar
1 ekor ayam dipotong 12
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan Untuk Memasak Nasi

5 cawan beras basmathi
7 cawan air
1 cawan youghurt
sedikit lada hitam

Bahan untuk menumis

2 sudu besar ghee untuk menumis
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ulas bawang merah
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan-bahan untuk Salsa

3 biji buah tomato dan 2 biji timun jepun dipotong dadu
perahan jus dari 1 biji lemon
Sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa



Cara Untuk Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan serbuk rempah sehingga wangi.

2. Masukkan ayam ke dalam kuali dan sedikit air, masak sehingga ayam separuh masak.

3. Masukkan bawang goreng yang telah dikisar dan daun ketumbar

4. Perlahankan api dan masukkan garan dan gula secukup rasa dan masak dalam lebih kurang 1 jam



Sementara itu...

5. Basuh beras dan toskan



6. Panaskan minyak sapi dan masukkan kesemua bahan tumisan


7. Tumis sehingga berbau wangi

8. Masukkan air yang telah disukat bersama youghurt dan daun ketumbar

9. Masukkan garam, lada hitam dan separuh dari rempah ayam tadi.

10. Tunggu sehingga ianya mendidih dan masukkan beras tadi

11. Kecilkan api dan tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak

Sementara itu...

12. Masukkan tomato dan timun jepun yang telah dipotong dadu

13. Campurkan garam, sedikit gula, perahan lemon dan ladi hitam

14. Gaul hingga rata dan masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Dah pun siap Nasi Bukhari....Anda boleh juga grill kan ayam dan masukkan bersama nasi







No comments:

Post a Comment