Wednesday 6 February 2013

Nasi Goreng Mentega


Nasi Goreng Mentega mungkin nampak macam simple aje. Tetapi kalau kena dengan bahan-bahan yang digunakan, memang sedap. Nasi mentega ini pasti menjadi kegemaran anak-anak kerana ianya tidak pedas dan rasa mentega itu sendiri boleh membuka selera anak-anak. Gabungan mentega dengan halia menghasilkan bau yang wangi. Kena pulak dengan hirisan kacang panjang yang rangup. Tak sedar habis sepinggan nasi dimakan.

Memasaknya memang senang. Bahan penting semestinya mentega. Kuantiti bahan anda boleh agak-agak sendiri kerana kalau campak-campak pun masih boleh jadi. Gunakan mentega menggantikan minyak. Jangan sampai mentega hangus. Cukup sekadar ianya cair, sudah boleh menumis.

Bahan-bahan tumisan adalah sedikit bawang putih dan halia yang dihiris halus. Tumis kesemua bahan sehingga terbit aroma yang wangi. Masukkan nasi, garam dan sedikit kunyit. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Kacau nasi hingga sebati dan boleh dah dihidangkan. Selamat Mencuba!






me

Wednesday 9 January 2013

Nasi Ayam Turki Berempah



Memasak nasi ayam turki berempah ini agak berbeza dengan memasak nasi –nasi yang lain.  Penggunaan youghurt akan menjadikan ayam turki lebih lembut dan juicy. Jarang sekali ayam turki dijadikan nasi ayam. Selalunya ayam turki hanya dipanggang sahaja. Memasak nasi ini tidaklah memerlukan seekor ayam turki…mahal tu. Hanya beli bahagian peha ayam sahaja sudah cukup. Janji semasa menghidangkannya perlulah dihiris dan diletakkan ditepi pinggan. Kalau nak ‘ngap’ ayam turki tu macam tu aje memang tak cukup la. Walau apa pun, selamat mencuba!

Rebus bahan-bahan ini dulu selama lebih kurang 1 jam menggunakan api yang perlahan.

Seketul peha ayam turki (700g)
1 liter air
I cawan yogurt (susu masam)
5 ulas bawang putih
Setengah sudu kecil garam
Ketepikan…


Selepas itu, tumis  2 labu bawang besar dan 1 inci halia sehingga wangi dan tuangkan ke dalam air rebusan ayam turki tadi. Masukkan 3 sudu kecil jintan putih,1 sudu kecil jintan manis,bunga lawang dan kulit kayu manis,2 sudu besar serbuk lada hitam dan 3 sudu besar serbuk ketumbar. Rrebus sampai kuahnya pekat.

Untuk memasak nasi:

500 gram beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 labu bawang merah
1 inci halia
½  sudu besar minyak zaitun
1 liter air
Dua sendok stock ayam (air rebusan ayam)

Cara membuatnya:

Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah bersama halia.
Biarkan sehingga wangi dan kemudian masukkan beras.
Ambik stock ayam (air rebusan) dan masukkan ke dalam periuk
Masak sampai  nasi betul-betul masak.

Nasi ini sedap dimakan bersama sayur goreng celery.

Sayur Goreng Celery
Bahan-bahannya:

       Dua btg saleri
       3 ulas bwg putih
       3 biji cil imerah dicincang halus
       1 sudu kecil lada hitam

  Cara membuatnya: –

        Tumis bwg putih
        Masuk cili, saleri, kicap cair, garam dah akhirnya lada hitam.

        Boleh juga dimakan bersama telur rebus.